Rika Al_Syafe'i

Selasa, 31 Agustus 2010

i love ibu

i love ibu

oleh Rika Rovikoh pada 13 Agustus 2010 jam 18:32
ada hati yang menyelami hatiku...
Ah...
Laksamana Angkasa.
Kalau ingat balik, memang sudah lama saya tidak manifestasikan rasa hati saya dalam tulisan di hujung jemari.
Namun pagi ini, seorang yang saya gelar ibu menghantar mesej. Hati saya bergetaran dengan mesejnya.
Alangkah baiknya ibu.
Dan tiba-tiba jemari saya bergerak-gerak.
Saya tahu, kalaudinilai dengan nilaian sastera, puisi ini kosong sahaja. Tetapi inilahtumpahan hati saya. Segar dari dalam jiwa...
Ibu, ini untuk ibu.
Bicaraku untuk ibu
Seorang ibu
Seakan mendengar tangisanku yang tersembunyi
Tetap menghantar pesan nasihat
Walau "jangan risau ibu" kuulang berkali-kali
Terasa seakan pintu langit terbuka
Dia wakil daripada Ilahi
Menyentuh sayang hatiku
Aku tersenyum
Saat semua orang menyatakan aku kuat
Dikau wahai ibu mengetahui anakandamu ini
Bermesej-mesej kau hantar sebagai penenang hati
Seakan tangisku yang tersembunyi kau dengari dengan jelas sekali
Ibu,
Kalau aku mampu beli seluruh dunia untuk bersamamu
Makan aku uruskan itu sesegera waktu
Tapi aku tertakhluk kelemahan kudratku,
Hanya usaha sahaja yang ada padaku,
Jangan risau ibu,
Jangan risau
Aku amat percaya dan sangat percaya
Sitar takdir yang sentiasa bersamaku
Sentiasa terpetik dan tidak akan menzalimiku
Bukan sepanjang masa lagunya sedih
Bukan sepanjang masa juga lagunya bahagia
Namun tuan sitar telah berjanji kepadaku ibu
Setiap kesusahan itu diiringi dengan kesenangan,
Kuulang jangan risau ibu,
Lepaskanlah tembakan-tembakan doamu kepadaku
Jangan kau hentikan layangan kasihmu padaku
Aku telah berjanji padamu untuk terus hidup
Maka aku akan terus hidup dengan janjiku itu
Ibu,
Sesungguhnya kita tidak tahu apa takdir yang tertulis
Mungkin Ilahi hanya menggegarkan kita sebentar
Menguji keimanan
Dan ini belum tentu lagi kesudahan
Tersenyumlah ibu,
Bahagiamu bahagiaku
Laramu laraku,
dengan senyumanmu,
Akan kuhentak awan dengan telapak kakiku.
...............
-khas untuk manusia yang kupanggil ibu-

Tidak ada komentar:

Posting Komentar